Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam



Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
1
مَنْظُومَة عَقِيْدَةِ العَوَامِ
Manzumah ‘Aqidatul ‘Awam نظم الشيخ أحمد المرزوقي المالكي
Susunan Asy-Syeikh Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki 01Saya mulakan penulisan nazam ini dengan Nama Allah , Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan. 02Segala puji bagi Allah ; Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan. 03Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa terlimpah ke atas Nabi J; sebaik-baik insan yang mengesakan Allah . 04Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah. 05Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin bahawa Allah itu mempunyai 20 sifat yang wajib.

Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
2
06Iaitu Allah itu (1) Maujud (ada), (2) Qadim (telah ada sebelum adanya segala sesuatu), (3) Baqii (kekal abadi tanpa akhir), (4) Mukhaluful Lil Khalq (bertentangan dengan makhluk) secara mutlak. 07(5) Qaim (berdiri dengan sendiri tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang Maha Kaya, (6) Waahidun (Yang Maha Esa), (7) Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan mati), (8) Qaadirun (Yang Maha Berkuasa), (9) Muriidun (Yang Maha Berkehendak), (10) ‘Aalimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu. 08(11) Samii’ (Yang Maha Mendengar), (12) Bashiir (Yang Maha Melihat), (13) Mutakallim (Maha Berbicara), Allah juga mempunyai 7 sifat yang teratur. 09Iaitu (Sifat Ma’ni): (14) Qudrah (Berkuasa), (15) Iradah (Berkehendak), (16) Sama’ (Mendengar), (17) Bashor (Melihat), (18) Hayaat (Hidup), (19) Al-‘Ilmu (Berpengetahuan), (20) Kalaam (Bercakap) secara terus menerus. 10Dengan kurniaan dan keadilanNya, Allah memiliki Sifat Harus, iaitu harus Dia melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya. 11Allah telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib, iaitu: (1) Fatonah (cerdik), (2) Siddiq (jujur), (3) Tabligh (menyampaikan), (4) Amanah (dipercayai). 12Sifat yang harus bagi mereka ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa tanpa mengurangi kedudukannya sebagai nabi seperti mengalami sakit yang ringan. 13Sifat maksum mereka (mendapat perlindungan Allah daripada melakukan dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi lebih utama daripada para Malaikat. 14Dan Sifat Mustahil, adalah lawan semua sifat yang wajib. Maka wajiblah kamu menghafal 50 sifat ini.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
3
15Wajib bagi mukallaf meyakini dan berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an secara terperinci. 16Mereka ialah (1) Adam , (2) Idris , (3) Nuh , (4) Hud beserta, (5) Soleh dan, (6) Ibrahim yang masing-masing wajib diikuti. 17Seterusnya, (7) Luth , (8) Isma’il dan, (9) Ishaq . Begitu juga (10) Ya’qub , (11) Yusuf dan, (12) Ayyub yang mengikut jejak langkah para nabi sebelumnya. 18(13) Syu’aib , (14) Harun , (15) Musa , (16) Alyasa’ , (17) Zulkifli , (18) Daud , (19) Sulaiman yang selanjutnya. 19(20) Ilyas , (21) Yunus , (22) Zakaria , (23) Yahya , (24) ‘Isa dan, (25) Thoha j sebagai nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan kepada kesesatan. 20Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada Allah terlimpah ke atas mereka dan keluarga mereka sepanjang masa. 21Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak mempunyai ayah dan ibu, tidak makan, tidak minum dan tidak juga tidur. 22Perincian bilangan mereka adalah 10, iaitu (1) Jibril , (2) Mikail , (3) Israfil , (4) ‘Izrail . 23(5) Munkar dan, (6) Nakir , (7) Raqib dan jua, (8) ‘Atid , (9) Malik dan seterusnya, (10) Ridhwan . 24Terdapat 4 buah Kitab Suci yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Secara terperincinya ialah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa .
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
4
25Zabur diturunkan kepada Nabi Daud , Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad j). 26Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim ) dan Al-Kalim (Nabi Musa ). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui. 27Segala yang dibawa oleh Rasulullah j, maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya, 28Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan. 29Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf. 30Iaitu, Nabi kita Muhammad j yang telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah . 31Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab. 32Manakala bondanya ialah Aminah dari suku Zuhrah. Baginda j disusui oleh Halimah dari suku Sa’ad. 33Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang aman, dan Baginda j wafat di Toibah Madinah Al-Munawwarah. 34Baginda j mendapat wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda j wafat ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
5
35Perlu kita fahami, bahawa putera dan puteri Baginda j seramai 7 orang; 3 orang daripada mereka ialah lelaki. 36Iaitu (1) Qasim, (2) ‘Abdullah yang digelar dengan Toyyib (ertinya baik) dan Tohir (ertinya suci). 37Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari hamba perempuan, maka bondanya ialah Mariyah Al-Qibtiyyah (Mariyah dari bangsa qibti di Mesir). 38Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari Khadijah, mereka seramai 6 orang, maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih yang berpanjangan. 39Disebutkan, 4 daripadanya ialah perempuan. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Tuhanku. 40(4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah Imam ‘Ali dan kedua puteranya (Hasan dan Husain ) merupakan cucu Rasulullah j yang keutamaan mereka sudah cukup jelas. 41Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6) Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita yang suci lagi sentiasa penuh redha. 42Hendaklah kita mengetahui, bahawa isteri Al-Mustofa j (Nabi pilihan) sesudah kewafatannya seramai 9 orang, iaitu wanita-wanita yang diberi pilihan untuk memilih antara perhiasan dunia dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa j (Nabi yang diikuti). 43(1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6) Ramlah. 44(7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah ibu-ibu yang diredhai bagi orang-orang yang beriman.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
6
45Hamzah adalah bapa saudara Nabi j dan ‘Abbas juga bapa saudara Nabi j (sebelah ayahanda Baginda j), sedangkan ibu saudara Nabi j (sebelah ayahanda Baginda j) adalah Sofiyyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya. 46Sebelum Nabi j berhijrah, Baginda j telah diisra’kan (diperjalankan) pada waktu malam atas kehendak Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama sudah diketahui. 47Sesudah Isra’, Baginda j dimi’rajkan (naik) ke langit atas kehendak Allah hingga Baginda j melihat Tuhannya dan saling berbicara. 48Tidak membayangkan bagaimana caranya dengan gambaran yang sempit, Allah mewajibkan kepada Baginda j (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5 waktu, setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu. 49Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan kepada umatnya termasuk kewajipan melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi. 50Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar Ash-Shiddiq kerana mempercayai Baginda j, dan dengan peristiwa Mi’raj dia menyetujui dan membenarkan Baginda j. 51Inilah ‘aqidah yang ringkas dan mudah yang sesuai bagi orang-orang awam. 52Penyusun ‘aqidah ini ialah Ahmad Al-Marzuqi yang berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan Rasulullah j. 53Segala puji bagi Allah , rahmat dan kejahteraan ke atas Nabi j, sebaik-baik insan yang telah mengajar ‘aqidah ini. 54Demikian juga ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan setiap orang yang memberi petunjuk, dan setiap orang yang telah mengikut petunjuk itu dengan baik.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
7
55Saya memohon ke hadhrat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan semoga ia bermanfaat bagi orang-orang yang mengamalkannya. 56Bilangan bait nazam ini sebanyak 57 bait mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur iaitu, 30/10/1218 H. 57Saya menamakan nazam ini dengan ‘Aqidatal ‘Awam yang wajib diyakini dalam urusan agama secara sempurna bagi orang awam, iaitu orang yang baru dalam tahap permulaan belajar. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kita Muhammad j, keluarganya dan para sahabatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar